Ini Bahaya Yang Hadir Tanpa Kita Sedar Sewaktu Tiup Lilin

Posted on Thursday, August 01, 2019 | 8/01/2019



Ohmedia nak tanya korang 1 soalan. Pernah tak korang tiup lilin pada kek hari jadi? Alah, tak percayalah kalau korang kata tak pernah tu. Hari ni Ohmedia nak kongsi sikit satu maklumat yang mungkin ramai diantara kita terlepas pandang dan Ohmedia sendiri pun baru tahu tentang perkara ini.

Memang seronok bila setiap tahun atau setiap kali ada sambutan hari jadi seseorang, kita akan berkumpul dan membelikan kek dan antara acara yang paling dinantikkan adalah acara meniup lilin. Tapi kalau korang tahu, sebenarnya aktiviti ini mengundang bahaya kepada si peniup lilin dan ia termasuklah korang yang join meniup lilin bersama-sama.

Kenapa ia bahaya? Ini kerana dalam satu kajian bertulis sebuah Universiti di South Carolina, Dr Paul Dawson telah membuktikan bahawa pembiakan bakteria sebanyak 14 kali ganda terhasil apabila lilin ditiup. Wow! Bnayak tu.

Ini terjadi apabila, bioaerosol dalam pernafasan manusia yang keluar daripada mulut akan menjadi sumber bakteria yang dipindahkan ke bahagian permukaan kek. Nampaknya bukan peniup sahaja bahaya, yang akan makan kek tu pun dalam bahaya.

Meniup lilin di atas permukaan lapisan gula menghasilkan lebih 1400% bakteria berbanding dengan lapisan gula yang tidak ditiup.Ia bukan masalah kesihatan yang besar dalam perspektif saya,” kata Dawson kepada media. Sebenarnya jika anda melakukan 100,000 kali ini, peluang untuk mendapatkan sakit mungkin akan sangat minima, katanya.

Sumber: Journal

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/01/2019

0 comments:

Loading...