'Jangan cabar orang Melayu' - Lelaki ini tayang senjata, beri amaran kepada bangsa asing tetapi tidak disenangi netizen


Menjelang hari kemerdekaan ini, semakin ramai individu yang memuat naik video berunsur perkauman yang jelas sekali boleh merosakkan perpaduan di negara ini. 

Baru-baru ini, viral di media sosial video seorang lelaki menunjukkan bahawa dia memiliki tiga senjata tajam dan memberi amaran kepada bangsa asing agar jangan biadab dan memijak kepala bangsanya. 

Berdasarkan klip video itu, lelaki yang tidak dikenali identitinya itu turut menunjukkan badannya kebal dari senjata tajam itu. 

Sementara itu, Ketua Biro Wanita dan Pendidikan (PPASM), Azizah Harun menggesa rakyat Malaysia membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit yang didakwa berasal dari Johor. 

"Anda memcemarkan imej agama Islam. Kita masyarakat yang (sukakan) keamanan, bukannya keganasan seperti yang anda. 

"Kita hidup di zaman yang baru, bukannya pada tahun 1969 di mana orang boleh menilai apa yang baik dan buruk tanpa menyalahkan bangsa-bangsa lain," katanya memetik laporan dari The Star. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terdahulu, meminta rakyat melaporkan sebarang insiden serta kandungan berunsur perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty) atau '3R' dalam media sosial kepada pihaknya melalui talian aplikasi WhatsApp 016-2206262.



Sumber : thereporter.my