Jerebu Seminggu, Rakyat Diingat Untuk Berjaga-Jaga


Nampaknya tiada apa yang boleh dilakukan oleh kita selain bersedia dengan segala kemungkinan mengenai masalah jerebu yang dijangka oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melanda negara hari ini.

Aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan oleh negara jiran dan disokong dengan musim kemarau yang panjang serta tiupan angin kearah kita menyebabkan kita menerima masalah jerebu yang teruk.

Berdasarkan info didada-dada akhbar, negeri Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya antara yang terjejas dengan masalah ini.

Menurut jabatan berkenaan, 32 titik panas yang berlaku di Sumatera mempengaruhi kadar pencemaran udara di negara kita. Dijangkakan masalah ini akan berlarutan selama seminggu bermula hari ini.

Jadi korang diingatkan agar mengurangkan aktiviti luar serta memakai penutup muka dan kerap minum air supaya sentiasa terhidrasi. Ini bagi mengelakkan berlaku masalah kesihatan yang lebih teruk.

Sumber : New Malaysian Post
Sumber: Oh! Media