Koon Yew Yin Tidak Prihatin Peranan dan Sumbangan Anggota Tentera, Kata Bekas Panglima

Sumber dari Berita Harian
Beberapa hari lepas, Koon Yew Yin, seorang ahli perniagaan mengeluarkan kenyataan di laman blog beliau yang mempersoal tugas anggota tentera yang hanya makan tidur dan majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran.

Bertindak balas dengan kenyataan berkenaan, bekas Panglima Anggota Tentera Laut Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar tampil membalas kenyataan ahli perniaagan dengan mengatakan ianya satu penghinaan buat seluruh anggota tentera.

Tambah beliau lagi, kenyataan berkenaan menunjukkan bahawa beliau tidak prihatin peranan dan sumbangan anggota tentera dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. Jelas beliau, kenyataan seperti ini akan mematahkan semangat anggota tentera dalam mengekalkan kedaulatan negara.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media