Kumpulan Pendaki Terawal Jumpa Nora Anne Ceritakan Sebab Sebebar Sertai Misi

Posted on Friday, August 16, 2019 | 8/16/2019



Berikutan dengan kes Nora Anne yang telah pun dijumpai oleh sekumpulan pendaki, Ohmedia ada perasan banyak komen dari netizen yang mempersoalkan kenapa selepas pengumuman pemberian RM50,000 dari keluarga baru jumpa Nora Anne dan ada juga yang mengatakan yang kumpulan pendaki ini hanya ingin mengejar ganjaran. Tapi korang tahu atau tidak kisah sebaliknya?

Menurut Kenny Chan yang merupakan salah seorang kumpulan pendaki yang telah menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne, mereka merupakan antara kumpulan yang terawal tiba ke lokasi penemuan mayat remaja terbabit dan menjelaskan bahawa bukan ganjaran yang mereka harapkan.

Kami memang biasa adakan aktiviti mendaki dan apabila mengetahui berita kehilangan warga Ireland itu, kami sepakat membantu dan telah menyertai operasi SAR selama tiga hari. Kami tak tahu pun soal ganjaran yang ditawarkan keluarga pada waktu itu sehinggalah rakan saya bertanya, adakah niat kami sertai SAR kerana duit, katanya.

Saya ingin tegaskan kumpulan kami seramai 25 orang menyertai SAR itu dengan ikhlas membantu bukan kerana wang. Saya sendiri secara peribadi tidak memikirkannya lebih-lebih lagi remaja berkenaan ditemui telah meninggal dunia, katanya.

Dalam perkembangan lain, pihak polis turut telah mengesahkan bahawa punca kematian Nora Anne disebabkan oleh kebocoran pada usus akibat kebuluran dan tekanan berpanjangan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/16/2019

0 comments:

Loading...