Liverpool Buktikan Mereka Bukan Pasukan Ayam-ayam

Posted on Saturday, August 10, 2019 | 8/10/2019



Nampaknya pasukan Liverpool bukanlah satu pasukan yang mudah mengalah dan cepat koyak! Ini apabila pagi tadi Liverpool telah berjaya menunjukkan ketajaman pasukan mereka apabila mengalahkan Norwich City 4-1 di Anfield bagi musim baru Liga Perdana Inggeris.

Gol pertama diperoleh Liverpool seawal minit ke-7 apabila kapten Norwich, Grant Hanley menghadiahkan gol kepada pasukan lawan ketika mencuba mengeluarkan bola cubaan Divock Origi.

Mo Salah menggandakan jaringan pada minit ke-19 dengan rembatan kaki kirinya selepas menerima umpanan Roberto Firmino dan Norwich tampak gagal melawan apabila gol ketiga menyusul pada minit ke-28 menerusi jaringan Virgil van Dijk hasil sepakan sudut Salah.

Liverpool berada di depan dengan selesa apabila Origi menambah gol keempat seminit sebelum perlawanan pertama tamat. Sebelum tamat perlawanan, Norwich akhirnya berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-64 melalui pemain Teemu Pukki.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/10/2019

0 comments:

Loading...