Malaysia Tidak Boleh Menghalau Lynas, Pelabur Asing Memerhati!

Sumber The Star
Berkenaan isu Lynas, Tun Mahathir menyatakan, kerajaan tidak boleh "menghalau" mereka kerana Lynas dijemput untuk melabur, dan mereka telah pun melabur RM1 bilion untuk operasinya di Malaysia.

Lynas merupakan syarikat yang menjalankan kegiatan melombong nadir bumi dikatakan memberi kesan negatif keatas kesihatan masyarakat sekitar kerana sisanya membebaskan radioaktif.

Memetik dari Utusan, kajian pakar melaporkan sisa radioaktif "pada tahap sangat tendah" dan tidak berbahaya kepada kesihatan dan beliau berpendapat terdapat juga cara untuk mengurangkan lagi "radioaktif yang sikit itu".

Tun Mahathir berkata, pelabur luar sedang memerhati tindakan kita keatas Lynas. Sekiranya kita menghalau mereka, pelabur luar yang lain tidak berminat untuk melabur di Malaysia.

Sumber : Utusan Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media