Marvel Buat Hal Lagi, Lakukan Tayangan Spider-Man Kali Ke-2

Posted on Tuesday, August 20, 2019 | 8/20/2019



Adakah ini permainan pihak Marvel Studio? Sejak teknik ini pertama kali digunakan dalam filem Avengers: Endgame yang lepas, kini filem Spider-Man Far From Home pula menggunakan teknik yang sama apabila ia dikatakan bakal ditayangkan sekali lagi dengan penambahan 4 minit babak yang dipotong.

Untuk versi extended cut ini juga, pihak Marvel masih belum memaklumkan tentang bahagian mana yang akan ditambah dan Ohmedia merasakan ini mesti pada babak di mana Spider-Man berlawan bersama pihak polis untuk menumpaskan perompak sebelum pergi bercuti kerana babak ini kalau korang perasan ada di dalam trailer, tapi tidak ada di dalam pawagam.

Ini juga mungkin merupakan salah satu cara Sony Pictures untuk meningkatkan kutipan Far From Home di Amerika Syarikat supaya melepasi USD400 juta. Walaubagaimanapun, tidak pasti samaada ia akan ditayangkan juga di Malaysia atau hanya untuk tayangan Amerika Syarikat dan Kanada pada 29 Ogos ini.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/20/2019

0 comments:

Loading...