Misi Mencari Nora Anne, Polis Sahkan Jumpa Mayat

Posted on Tuesday, August 13, 2019 | 8/13/2019



Petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat yang kini dalam misi mencari Nora Anne Quoirin di Gunung Berembun dilaporkan telah menjumpai mayat di ksekitar kawasan terbabit.

Mayat yang dijumpai di Gunung Berembun yang berhampiran resort di Pantai, Seremban itu disahkan oleh Datuk Mohamad Mat Yusop, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu. Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang, katanya kepada pemberita.

Untuk pengetahuan korang, Nora Anne yang berusia 15 tahun itu adalah remaja kurang upaya (OKU) dan didapati hilang dari bilik penginapannya pada jam 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Sehingga kini, seramai 353 orang anggota telah terlibat dalam misi mencari Nora Anne.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/13/2019

0 comments:

Loading...