Motorola Buat Comeback Dengan Motorola One Action! Perghh Gempak Giler


Setelah sekian lama menyepi, syarikat pengeluar telefon pintar Motorola secara tiba-tiba melakukan penampilan baharu mereka dengan peranti Motorola One Action. Apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah model yang ditampilkan Motorola kali ni dilihat lebih memfokuskan kepada keupayaan rakaman video.

Apa agaknya yang difokuskan? Jika dilihat, peranti kali ini dilengkapi dengan tri-kamera pada bahagian belakang dengan menggabungkan sensor 12MP + 5MP dan sensor ketiga menggunakan 16-megapixel yang difokuskan hanya untuk rakaman video.


Untuk rakaman video, korang selepas ini boleh merakam video melintang secara menegak setelah dia dilengkapi dengan sensor berkebolehan merakam sudut-lebat 117-darjah dan sebuah lagi sensor yang mampu memutarkan sedikit kamera kepada 90-darjah. Jadi, mungkin ada antara korang yang tidak biasa memegang telefon secara melintang semasa merakam video, jadi bolehlah merakam video melintang walau memegang peranti secara menegak.

Ciri-ciri lain, seperti peranti lain ia dilengkapi dengan skrin 6.3-inci, dijana cip Exynos 9609, memori 4GB RAM dan storage pada 128GB UFS. Untuk bateri pula menggunakan 3500mAh dan sistem operasi Android One.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media