Neelofa Akhirnya Dapat Selesaikan Isu Visa Dan Berangkat Ke Makkah


Sepatutnya Neelofa kena berangkat ke Makkah pada 4 Ogos dengan ibu dan adiknya tetapi disebabkan ada masalah visa, dia terpaksa ditangguhkan selama dua hari. Haih kesian Lofa. Sis dapat tahu pun dari InstaStory dia.

Nasib baik dia dah dapat selesaikan masalah visa dia sebab Zizan Razak yang bagi cadangan saluran yang betul untuk dapatkan bantuan dan kemungkinan dia akan berangkat ke Makkah pada hari esok. Yeay! Alhamdulillah.


Bukan itu je, dia pun ada juga mengingatkan para jemaah supaya berjaga-jaga kalau nak memilih pengendali perjalanan semasa menunaikan haji supaya untuk menghindarkan perkara yang tak disangka nanti. Apapun, have a safe flight Lofa!

Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok. Disebabkan ia proses yang merumitkan, jadi kami perlu benar-benar memahami setiap proses dengan bantuan informasi daripada orang lain.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog



Sumber: Oh! Media