Nina Iskandar Saman Bekas Isteri Suami? Biar Betul!?

Posted on Thursday, August 08, 2019 | 8/08/2019



Nina Iskandar baru je berkahwin pada bulan April hari tu, tak habis lagi drama dia dengan bekas isteri suaminya. Aiyoo. Okay, grab popcorn gais! Dengar cerita Nina dituduh sebagai perampas dan punca suami dan bekas isterinya bercerai?

Hmm tetapi dia menafikan perkara tu. Baru-baru ini, dia ada upload di Instagram yang dia explain everything. Dia kenal suami dia, Lan Lebah dan mula ada relatioship yang serious setahun selepas suami dia dah bercerai dengan ex wife dia.

Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercerai secara rasminya pada Januari tahun lalu bukan Februari. Mereka dah lama ada masalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius selepas semua itu terjadi. Soal jodoh rahsia Allah.

So, Nina pun kecewa lah kenapa nak kena bangkit balik isu ni selepas majlis resepsinya pada hari Ahad yang lalu. Nasib baik dia ada bukti dan dia dah hantar notis saman dah pun dekat beberapa pihak, salah seorangnya adalah jurusolek.

Saya telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripad mereka merupakan jurusolek. Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya. Kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula 'menyalak' semula.

Hahaha! Padan muka kau dah kena saman dengan Nina. Lain kali jaga mulut tu, bukan sibuk tepi kain orang macam makcik bawang. Aiyoo. Dulu kes ini pernah jadi kontroversi panas bila dia dituduh menjadi homewrecker suami dengan bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/08/2019

0 comments:

Loading...