Nora Anne teruja melihat air terjun sebaik tiba di resort


Shirley Yap, antara 22 sukarelawan dari Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR menemui mayat Nora Anne Quoirin, 15, di cerun curam tidak jauh dari kawasan air terjun di Gunung Berembun, Pantai, Seremban. 

Terdahulu, Nora ada memberitahu ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin mengenai air terjun itu dan sangat teruja mengenainya sebaik mereka tiba resort tersebut untuk percutian selama dua minggu. 

"Kami diberitahu yang dia sangat teruja melihat air terjun itu setibanya di resort. Kami melakukan carian di kawasan terbabit dengan mengikut aliran air ke bawah gunung," katanya. 

Mayat Nora Anne ditemui pada jam 1.57 petang di kawasan cerun curam kira-kira 2.5 kilometer dari tempat keluarganya menginap. Ketika ditemui, Nora dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran sungai. 

Nora dilaporkan hilang pada jam 8 pagi 4 Ogos lalu. 

Sumber: Harian Metro, Daily Mail


Sumber : thereporter.my