Pakaian Berlumuran Darah Anggota RAMD Tertusuk Benet M16 Masih Disimpan

Posted on Tuesday, August 06, 2019 | 8/06/2019



Kalau korang masih ingat, dulu pernah viral satu gambar menunjukkan seorang askar yang tertusuk benda tajam rakannya dibelakang sewaktu lakukan perbarisan namun masih kekal berada di dalam barisan walaupun hadapi kecederaan.

Untuk pengetahuan korang, kejadian yang berlaku pada tahun 2008 yang melibatkan Anggota Batalion Keenam RAMD, Lans Koperal Zamri Md Sood ini telah membuktikan satu semangat yang kuat dan disiplin yang tinggi sebagai anggota tentera. Disebabkan itu, dimaklumkan bagi memperingati dan dijadikan contoh perjuangan seorang tentera, pakaian yang digunakan semasa kejadian masih disimpan di dalam muzium.


Mungkin ada yang masih tidak tahu kisahnya kejadian ini berlaku. Lans Koperal Zamri Md Sood pada ketika itu sedang melakukan perbarisan perarakan keluar padang Panji-Panji Rejiman Lama dan kemudian lengan kirinya telah tertusuk benet senjata M-16 rakannya dan luka sedalam enam sentimeter itu telah membuatkan baju lengannya dipenuhi darah.


Apa yang membuatkan ramai terharu dan kagum adalah, beliau tetap berada di dalam perbarisan dan meneruskan tugasan selama hampir dua jam sehingga selesai upacara Penggantian Warna Regimental sebelum mendapatkan rawatan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/06/2019

0 comments:

Loading...