Pakistan Hentikan Perkhidmatan Kereta Api Ke India


Ketegangan diantara dua buah negara Pakistan dan India nampaknya semakin teruk apabila Pakista telah menghentikan sebarang perkhidmatan kereta api ke India dan turut mengharamkan filem dari negara itu. Tindakan ini diambil Pakistan bagi meningkatkan tekanan diplomatik kepada New Delhi kerana melucutkan status khas Kashmir, rantau di tengah perseteruan 70 tahun mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri Narendra Modi telah menarik semula hak Jammu dan Kashmir yang majoritinya adalah penduduk Islam dan telah membenarkan orang luar rantau untuk membeli hartanah di sana.

Pemimpin Kashmir memberi amaran untuk menentang tindakan India manakala Pakistan yang turut menuntut wilayah itu berikrar memperjuangkan hak penduduk yang tinggal di sana.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan




Sumber: Oh! Media