Pengguna Tidak Puas Hati AirAsia Kenakan Caj Tambahan, Akan Dimansuhkan Mulai Oktober

Posted on Monday, August 19, 2019 | 8/19/2019



Ini pasti menjadi berita baik untuk korang yang selalu menggunakan pengangkutan penerbangan apabila syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dilaporkan akan mansuhkan sebarang bayaran bagi proses tempahan yang dibuat di Malaysia bermula dari 1 Oktober nanti. Wow, kalau macam tu mesti harga tiket akan menjadi lebih murah dan mampu milik.

Jika korang perasa, sebelum ini syarikat penerbangan AirAsia telah mengenakan bayaran pemprosesan bagi menampung kos pentadbiran, penuelenggaraan dan kos pembangunan sistem atas talian AirAsia. Tapi, selepas ini semua kos terbabit akan ditanggung AirAsia.

Namun, untuk peringkat permulaan, penerbangan ke Filipina, Indonesia dan Thailand hanya akan dimansuhkan pada 31 Disember 2019.

Ohmedia rasa ini merupakan tindakan yang seharusnya dilakukan AirAsia apabila ramai pengguna mempersoal mengenai caj tambahan terutama mereka yang menggunakan kad kredit dan debit yang sepatutnya tidak boleh dikenakan caj kerana telah melanggar garis panduan Bank Negara Malaysia.

Sumber: AirAsia

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/19/2019

0 comments:

Loading...