Pukki Lakukan Hatrik Untuk Norwish City


Penyerang berbisa pasukan Norwish City iaitu Teemu Pukki telah berjaya menamatkan kemarau 26 tahun iaitu sebanyak 266 perlawanan apabila menghadiahkan hatriknya dalam perlawanan menentang Newcastle United tempoh hari.

Gol hatrik di Carrow Road itu juga adalah yang pertama buat Canaries di Liga Perdana Inggeris sejak Efan Ekoku melakukannya kepada Everton pada tahun 1993 bulan September.

Kalau korang nak tahu, Ekoku telah meledak empak gol di Goodison Park dan dia merupakan pemain pertama melakukan itu.

Pukki pula menjadi pemain pertama Norwich City menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana untuk kelab itu sejak Ashley Ward pada Disember 1994.

Sejak permulaan musim lalu, Pukki sudah meledak 33 gol liga, lebih daripada mana-mana pemain dalam keempat-empat divisyen liga Inggeris.









Sumber: Oh! Media