Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berhati-hati, Siri Letupan Bom Thailand

Posted on Saturday, August 03, 2019 | 8/03/2019



Semalam Ohmedia ada naikkan satu artikel mengenai ancaman bom di sekitar Kuala Lumpur, tetapi ia berjaya dikesan pihak polis dan bom berkenaan tidak sempurna dan ada yang palsu. Tetapi, semalam di Bankok, Thailand telah berlaku beberapa siri letupan yang menyebabkan tiga orang awam cedera.

Dalam perkembangan lain, pihak Wisma Putra telah mengesahkan, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dan pihak Kementerian Luar telah menasihatkan agar rakyat Malaysia yang menetap, bercuti atau merancang untuk ke Thailand, agar sentiasa berhati-hati.

Rakyat Malaysia yang sedang dan ingin melawat atau menetap di Thailand juga digalakkan mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui emel atau faks, katanya.

Untuk rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu ini juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam talian telefon +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (kecemasan) atau fax +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau emel ke mwbangkok@kln.gov.my.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/03/2019

0 comments:

Loading...