Rompakan Terancang, Berjaya Larikan Barang Kemas Bernilai 1 Juta

Posted on Tuesday, August 06, 2019 | 8/06/2019



Seperti dalam sebuah filem, itu apa yang Ohmedia rasakan apabila semalam telah berlaku satu rompakan terancang yang dilakukan empat orang lelaki bersenjatakan parang yang berjaya melarikan barang kemas bernilai RM1 juta. Apa yang menarik perhatian Ohmedia lagi adalah, ke semua suspek berjaya melakukan operasi rompakan itu hanya dalam masa lima minit.

Kejadian yang berlaku di Jalan Chin Hwa, Ipoh Perak awal pagi semalam mendapati suspek menggunakan lori untuk merempuh kedua-dua kereta yang dinaiki dua pekerja yang telah ditugaskan untuk membawa barang kemas ke Kelantan.

Suspek kemudian bertindak keluar dari luar dan melarikan empat beg yang mengandungi barang kemas.

Salah seorang mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca dalam insiden itu telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di sepanjang lokasi bagi mengenalpasti kenderaan yang terlibat dan semua elemen yang kita ada digerakkan untuk mengesan kesemua suspek, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Anuar Othman.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/06/2019

0 comments:

Loading...