'Saya takut dan fobia nak bagi orang pegang anak lepas ni' - Bayi 5 bulan dijangkiti penyakit kulit

Posted on Friday, August 16, 2019 | 8/16/2019



Seringkali dinasihatkan, ibu bapa usah terlalu membenarkan orang lain menyentuh anak-anak kecil mereka terutamanya bayi. Bukan sombong, bukan juga kedekut, tetapi demi keselamatan anak-anak yang umum tahu sistem keimunan badan mereka masih belum matang dan mudah dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Orang ramai juga perlu faham bahawa pentingnya menjaga kebersihan diri sebelum menyentuh bayi atau kanak-kanak. Jangan disebabkan kemalasan anda memastikan diri itu bersih, kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Dalam kes terbaru ini, si ibu mengakui dia masih takut dan fobia selepas melihat apa yang berlaku terhadap anak perempuannya yang disahkan dijangkiti penyakit kulit kerana anaknya disentuh oleh individu yang tidak menitik beratkan kebersihan. 

PLEASE all parent yang ada baby, please alert. Jadikan sebagai pengajaran, jangan kita baik hati bagi orang lain dukung anak kita sesuak hati lebih-lebih lagi golongan bapa yang suka bagi orang pegang anak tanpa fikir keselamatan anak.

Tapi Allah nak tunjuk, semoga menjadi teladan untuk kita semua. Pengalaman yang memang pahit untuk ditelan dan hampir hitam dunia untuk minggu ini. Semoga selepas ini kami lebih berjaga-jaga.

2 Ogos 2019


Anak perempuan kedua saya, Eldryna Saffyia, 5 bulan. Masa ini kami ingat Eldryna kena gigit semut sebab bengkak mata kanan. Sebelum ini dia memang pernah digigit semut.


Di sebelah malam, dah naik merah di kawasan mulut dan mata, mula membengkak. Masa itu saya dah tak sedap hati kenapa tiba-tiba jadi begini dan masih fikir ia kesan gigitan semut.

3 Ogos 2019


Masa ini dah pergi klinik, ingatkan alergik sebab saya makan ubat tahan sakit di mana saya mengalami cirit birit, muntah-muntah pada hari Khamis. Tiba-tiba di hari Jumaat, anak jadi begini. Masa itu doktor suruh kami rujuk hospital dan kami pun pergi ke bahagian kecemasan KPJ.


Sampai di KPJ, saya ceritakan apa yang berlaku dan rasa semua itu salah saya, ingatkan anak jadi begini disebabkan saya.

Anak diberi ubat susut bengkak di emergency. Tak ditahan wad, ubat habis boleh balik. Diorang bagi ubat sapu. Masa ini saya rasa happy sebab ingatkan semua dah selesai dan tiada apa yang serius.

4 Ogos 2019


Semuanya bermula pada hari itu, pagi itu tiba-tiba tengok mulut anak mengelupas. Saya menggigil melihat keadaannya dan terus bawa ke bahagian kecemasan KPJ semula. Sampai di sana, mereka terus hubungi Dr PAED yang on call pada hari itu. Syukur sangat masa itu, dr yang on call adalah Dr Syed.

Masa ni tengah tunggu nak masuk wad. Keadaan anak dah semakin teruk. Mata tak boleh buka, bengkak teruk. Saya tak tahu lagi apa yang terjadi pada anak dan masih menyalahkan diri sendiri. Sepanjang hari itu saya meraung macam orang gila, rasa nak pitam.


Malam itu keadaannya semakin teruk. Masa nak habis jadi cecair dan ada tinggal kesan darah. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa pada masa itu.


Dr Syed datang menjelaskan apa yang berlaku pada Eldryna, bukan disebabkan alergik ubat tetapi disebabkan jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome.

Puncanya dari orang ramai yang pegang baby atau persekitaran serta mungkin juga disebabkan air kotor. Tetapi punca utamanya ialah kuman.

Jadi semenjak dari itu, maaf kalau saya jadi paranoid yang amat kalau orang luar nak pegang anak saya selepas ini. Remuk hati saya tengok keadaan anak begini yang tak boleh buka mata, meraung menahan kesakitan. Hancur hati dan berlinangan air mata satu hari suntuk.

5 Ogos 2019


Selepas on antibiotik, Alhamdulillah nampak kuman di muka anak jadi kering sikit, tinggal salin kulit baru. Mata boleh buka selepas dibersihkan oleh jururawat tetapi tak dapat buka luas sebab masih bengkak.

6 Ogos 2019


Masa ini Alhamdulillah mata anak yang bengkak dah surut dan kulit yang terkena kuman itu sudah mula kering dan nak ganti dengan kulit baru.

Dr Syed kata ia mungkin mengambil masa dua minggu dan anak kenad admit. Saya redha saja masa itu dan berdoa tak putus-putus untuk anak saya.

7 Ogos 2019


Saya dah mula positif semula sebab tengok muka anak dah semkain elok, ada peningkatan yang sangat cepat. Tak sangka anak cepat pulih, Eldryna memang kuat.

8 Ogos 2019


Dr Syed kata mungkin boleh balik Jumaat nanit tetapi kena confirmkan dulu sebab dia nak tengok anak dah pulih sepenuhnya atau belum.

Muka anak bertambah elok selepas dibersihkan oleh jururawat.


Malam itu, sian anak kena cucuk tujuh kali sebab tak jumpa line untuk masukkan ubat. Selepas cuba beberapa kali, akhirnya dapat juga di kaki. Meraunglah dia malam itu. Sian dia, demi nak baik bersabarlah anak.


9 Ogos 2019

Hari ini anak kelihatan riang sangat sebab dia tahu dia dah boleh balik. Dr Syed datang pagi itu dan kata 99% dia bgi anak balik petang itu. Sebelum balik, dia nak check anak sekali lagi. Semua dah mula elok, cuma tinggal sikit-sikit untuk salin kulit baru. Saya happy sangat, tak sangka cepat juga anak pulih dari tempoh yang sepatutnya. Eldryna memang kuat, mama sayang adik.


Petang itu Dr Syed beritahu anak boleh balik. Allah, happy sangat masa itu, syukur tapi dalam masa yang sama takut dan fobia. Mohon rakan-rakan doakan Elydryna selalu sihat sentiasa ye dan jadikan pengajaran buat semua.

Sejuta penghargaan buat Dr Syed Jefrizal Syed Jamal (KPJ Seremban Specialist Hospital). Penerangan yang sangat baik dan terperinci serta padat. Semua kakitangan jururawat Sri Tanjung yang tak berhenti memberikan semangat dan kekuatan kepada saya, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. 


IMPETIGO AND SCALDED SKIN SYNDROME

Apa itu Impetigo? 

Ia adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasanya berlaku pada bayi dan kanak-kanak dan mudah tersebar kepada orang lain.

Apa itu Scalded Skin Syndrome (SSS)?

Infeksi kulit serius yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Bakteria ini menghasilkan racun eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan menggelupas seperti terbukar. Selain itu, ia juga merupakan penyakit yang jarang ditemui dan seringkali menyerang anak-anak berusia enam tahun terutamanya bayi.

Penyakit ini jarang sekali menyerang orang dewasa kecuali pada orang yang mengalami kegagalan ginjal atau sistem keimunannya yang lemah.

Seperti infeksi stafilokokus lainnya, SSS merupakan penyakit yang menular. Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika bakteria menyerang dengan lebih dalam ke badan anda, memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru dan jantung. 

Sumber: Munie Suraya


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/16/2019

0 comments:

Loading...