Selama Ni Kita Makan Ulat Ke? Ini Cara Buang Ulat Dalam Brokoli

Posted on Friday, August 02, 2019 | 8/02/2019



Sayur-sayuran memang menjadi antara makanan yang seharusnya kita ambil dalam rutin makanan seharian. Untuk kali ini, Ohmedia ingin kongsikan tip berkenaan sayur hijau Brokoli yang selelu dijadikan bahan masakan kerana ia mudah didapatkan di Malaysia dan sangat sedap bila dihidang dalam pelbagai gaya masakan.

Brokoli yang mempunyai kalori yang rendah dan kaya dengan vitamin K, vitamin C, asid folik, potasium, serat dan mineral mempunyai beberapa langkah yang perlu korang lakukan sebelum dimasak. Kerana, jika korang tak basuh dengan betul, kemungkinan tanpa kita sedari, ulat-ulat yang bersembunyi di celah-celah bunga kecil brokoli akan berada dalam hidangan kita.

Lihat contoh gambar di bawah:



Mesti macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Ohmedia pun tak tahulah selama ni ada termakan ke tidak ulat-ulat ni,huhu. Jadi, apa agaknya yang boleh kita buat? Apa yang penting sebenarnya, korang perlu pastikan ia dicuci dengan bersih sebelum dimasak. Cuba follow cara-cara ni.

1. Cuci keseluruhan brokoli bagi menghilangkan kotoran, debu dan baja.\


2. Potong bahagian batang brokoli kepada saiz yang lebih kecil menggunakan pisau.


3. Potong lagi pada bahagian tengah sayur di atasnya kepada saiz yang kecil.


4. Tuangkan air bersih bagi merendam brokoli dalam bekas.


5. Tambah sedikit tepung dan garam pada bekas berkenaan.


6. Kacau dan biarkan brokoli direndam selama 5-10 minit.


Selepas korang ikuti semua langkah atas ni, barulah boleh cuci semula brokoli dengan air bersih dan kemudian masaklah mengikut menu kesukaan korang. Dengan cara ni, barulah terjamin kebersihannya dan Ohmedia syiorkan untuk korang guna cara ni untuk semua jenis sayur bagi memastikan makanan kita bersih dan sihat.


Sumber: Healthy Eating

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/02/2019

0 comments:

Loading...