'Sepanjang pengajian, dia tidak menunjukan sebarang tingkah laku mencurigakan' - UKM tampil beri penjelasan mengenai Nur Fitri


Susulan viral isu mengenai Nur Fitri Azmeer Nordin, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil member penjelasan. 

Menurut Pusat Komunikasi Korporat UKM, pihaknya memilih Nur Fitri Azmeer Nordin untuk melanjutkan pengajian di UKM kerana keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian. Selain itu, pihaknya juga percaya pendidikan boleh membantu transformasi individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri bagi mencapai kejayaan tertinggi dalam kehidupan.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang memberikan pendidikan tinggi kepada pihak yang ingin menyambung pelajaran, UKM memberi peluang kepada individu yang memohon berdasarkan kelayakan akademik yang ditetapkan oleh universiti itu untuk diterima masuk sebagai pelajar.

“Berkenaan dengan pelajar, Nur Fitri, beliau kini adalah pelajar UKM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah. Beliau mula mendaftar sebagai pelajar UKM semenjak tahun 2016 lagi bagi program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

“Beliau dipilih melanjutkan pengajian di sini disebabkan keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian.

“UKM juga jelas dan faham dengan sabitan kesalahan serta hukuman lepas yang telah dikenakan kepada beliau sebelum ini.

“Sepanjang pengajiannya di sini, beliau amat komited dalam pengajian dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan. UKM juga tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai beliau sepanjang pengajian di UKM,” kata UKM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Sumber: UKM, Sinar Harian Online

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my