Syed Ajak Korang Semua Undi Setuju Atau Tidak Ojek Diperkenalkan

Posted on Monday, August 19, 2019 | 8/19/2019



Nampaknya seruan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikan atau lebih dikenali sebagai ojek di Malaysia telah mendapat sokongan ramai orang berdasarkan dari undian yang dilakukannya di laman Twitter.

Setakat ini, Twitter terbabit telah mendapat sebanyak lebih 4,000 retweet dan 1,600 like yang melibatkan 56,427 telah lakukan undian. Hasil pemantauan Ohmedia, sebanyak 88% telah bersetuju dan 12 % tidak bersetuju untuk memperkenalkan ojek ini.


Apa yang dapat dilihat, langkah ini mungkin dapat membantu ekonomi anak muda untuk menambah pendapatan sampingan selain membuka peluang ekonomi yang baru.

Tapi, kalau korang ingat, dulu telah ada perkhidmatan seakan ini yang diusahakan oleh anak tempatan sendiri yang diberi nama Dego Ride. Namun, malangnya ia telah diharamkan kerana dilihat mampu menyumbang kepada masalah jenayah dan faktor keselamatan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/19/2019

0 comments:

Loading...