"Tak Baik Berkata Mengenai Fizikal Seseorang" - Alif Satar

Posted on Wednesday, August 21, 2019 | 8/21/2019



Korang ingat lagi tak Mark Adam body shaming Sherry Alhadad time dalam rancangan Big Stage? Memang ramai netizen yang tak puas hati dengan Mark sebab kata-katanya agak boleh mengguriskan hati Sherry. Nasib baik dia dah minta maaf dekat Sherry and pasal ni pun dah settle.

Nasib baik time kejadian tu Alif Satar back up Sherry tau sehingga menyebabkan ramai netizen yang puji dengan tindakannya tetapi dia rasa segan pula sebab korang asyik puji dia sebab dia takut one day nanti dia akan buat kesilapan juga. Humble betul Alif Satar ni. Artis macam ni lah yang kita nak dekat Malaysia ni.

Sebenarnya saya segan apabila menerima pujian disebabkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Mana tahu selepas ini saya ada melakukan kesalahan, orang mengatakan saya pula dan berasa macam saya ini sempurna sangat. Saya tak rasa terbeban dengan perkara ini, cuma segan bila orang cakap macam tu. Kita pun tak hidup atas pujian orang lain dan lagipun kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan 'body shaming' ini. Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik.

Sumber: mStar Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/21/2019

0 comments:

Loading...