'Tunggu masa nak roboh je rehal ni'


Baru-baru ini tular di media sosial satu notis pemakluman mengenai kerja perobohan struktur buku atau rehal (seperti dikatakan netizen) di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rentetan pemakluman notis tersebut, tanpa usul periksa, netizen mula membuat pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan perobohan tersebut dengan politik dan agama.

Pihak DBP telah membuat satu kenyataan media mengenai isu ini. Menurut kenyataan itu, keputusan perobohan itu diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut berada dalam keadaan  tidak selamat.

"Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat. Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan.

"DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.

Di Twitter pula, seorang lelaki juga telah memuat naik gambar keadaan sebenar struktur tersebut ketika membuat pemeriksaan.

"Tunggu masa nak roboh je rehal ni. Aku naik buat inspection hari tu seram sejuk. Untuk gambaran lebih jelas, pihak JKR dah pernah letak tension cable untuk support terus structure tetapi telah tegang dan bahaya. Tiada rectification method yang boleh dibuat melainkan buang kesemuanya."






Pihak DBP mahupun JKR dilihat mengambil langkah yang bijak apabila mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja dan juga orang ramai. 

Seperti tahun 2013, kita dikejutkan dengan kejadian ribut yang berlaku di Pulau Pinang sehingga menyebabkan satu struktur di atas bumbung bangunan UMNO tumbang dan mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera. Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Sumber: Muhammad Iszam, AmirulRadzi, MalaysiaKini, DBP


Sumber : thereporter.my