Usul Syed Saddiq Berkaitan Gojek-DegoRide Sebulat Suara Diluluskan Oleh Kabinet!

Posted on Thursday, August 22, 2019 | 8/22/2019


Sumber dari Malay Mail
Semalam, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah memuat naik satu ciapan di Twitter yang meyampaikan rasa teruja dan gembira apabila usul untuk memperkenalkan modal ekonomi Gojek-DegoRide diterima sebulat suara oleh kabinet. Gojek-DegoRide adalah perkhidmatan sama seperti GrabCar, Uber dan lain-lain tetapi menggunakan motosikal sebagai pengangkutan. Perkhidmatan ini popular di Indonesia.

Dalam ciapan berbentuk video berkenaan, beliau menjelaskan tujuan memperkenalkan modal ekonomi berkenaan adalah untuk membantu para belia, khususnya mat-mat motor untuk mencari rezeki disamping makcik dan pakcik menjual barangan mereka dengan menggunakan servis berkenaan.



Pandangan Ohmedia sendiri, walaupun nampak bagus, sebenarnya banyak sisi negatif yang boleh kita lihat. Kadar kemalangan paling tinggi adalah dicatatkan oleh penunggang motosikal. Sebelum ini pun ada berita berkenaan penunggang motosikal yang digilis lori dan kejadian berkenaan berlaku didalam bandar.

Itu belum bab menunggang secara merbahaya. Selit sana sini. Selain dia bawa nyawa sendiri, penunggang Gojek-DegoRide ni bawa nyawa orang lain juga. Mungkin YB Syed Saddiq perlu kaji lagi dengan lebih mendalam tentang modal ekonomi ni dari segi keselamatan. Bgai Ohmedia sendiri modal ni perlu ada mekanisma yang berkesan sekiranya tidak mahu menanggung risiko masa muka.

Antaranya penunggang Gojek-DegoRide perlu dicarumkan dengan PERKESO, kerana menunggang motosikal mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan berdasarkan statistik yang dikeluarkan. Selain itu, mungkin setiap penunggang berkenaan diwajibkan mempunyai insurans kemalangan dan nyawa untuk jaminan mereka masa depan sekiranya terlibat dengan kemalangan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/22/2019

0 comments:

Loading...