Vape Punca Kecederaan Paru-Paru Beberapa Remaja? Pakar Juga Bingung


Kalau korang perasan, baru-baru ini telah kecoh mengenai puluhan orang, terutamanya remaja yang telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan paru-paru dan ia dikaitkan berpunca selepas menghisap vape.

Jadi, Jabatan Kesihatan Illinois, Minnesota dan Wisconsin telah melakukan beberapa kajian dan siasatan mengenai kes ini dan didapati ramai antara mereka telah menggunakan produk vape ganja.

Buat masa ini, hanya vape yang menunjukkan persamaan, namun kami cuba untuk membuka jaringan lebih luas bagi memastikan kita tidak terlepas sesuatu, kata pihak jabatan.

Namun, dakwaan melibatkan vape itu membingungkan pakar, kerana rokok elektronik telah wujud di AS sejak tahun 2006 dan penyelidikan saintifik setakat ini menunjukkan ia mungkin alternatif yang kurang toksik untuk merokok.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media