(Video) 'Pintu diketuk, bunyi orang berjalan, sedangkan semua housemate belum balik' - Gadis diganggu makhluk halus 6 jam


Viral di media sosial ketika ini, video seorang wanita mendakwa dia diganggu oleh makhluk halus ketika dia sedang mengulangkaji pelajarannya di bilik. 

Meskipun takut, Alyaa Aleraa, tetap memberanikan diri bercakap dengan makhluk itu, tetapi tiada sebarang respon yang diterima melainkan dia diganggu berterusan. 

Ketika kejadian, Alyaa bersendirian, manakala rakan-rakan serumahnya yang lain pulang ke rumah/kampung masing-masing. 

Menurut Alyaa, dia terdengar bunyi orang berjalan pada jam 12 malam, kerusi dialihkan dan banyak lagi. 


"Siapa dengar bunyi orang berjalan? Tepat jam 12. Untuk makluman, semua housemate belum balik lagi. Jadi:
  • Pintu beranda terbuka
  • Pintu pungpang
  • Orang berjalan
  • Bunyi air
"I'm okay.  

"Encik Hantu main ketuk pintu ke tu, pukul 12 malam. Either aku ni berani sangat atau bodoh sangat (hahaha). 

"Yes, masuklah. Ye pintu tak kunci, masuklah. Welcome to the room. Adui.. Iye, masuk-masuk," katanya dalam video tersebut. 

Alyaa hanya dapat melelapkan mata pada jam 5.52 pagi. 


"Seriously again? Main kerusi pulak. I'm out now. Adui.. awak buat apa ni. Janganlah kacau saya. Hai... emm.. **** betullah." katanya yang mengalami demam dan kini tinggal di hotel kerana tidak tahan diganggu benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu.

Sementara itu, netizen bagaikan tidak percayai Alyaa berani bercakap dengan hantu seperti sudah lama kenal. 





Menjawab persoalan netizen, Alyaa berkata dia tidak boleh menunjukkan yang dia takut dengan kehadiran benda itu yang menganggu dia sejak 12 tengah malam hingga waktu Subuh. 

"Saya nak keluar pun tak boleh. Semua belum balik. Kalau saya tunjuk kelemahan saya, saya berkemungkinan kena rasuk. Saya bersendirian pada malam itu. Kalau saya kena rasuk, siapa yang nak tolong?

"Saya takut sebenarnya, tak tahu nak buat apa," katanya. 

Ada netizen yang beranggapan mungkin Alyaa sudah seringkali menerima gangguan seperti itu sehingga menjadi biasa. Tetapi Alyaa menafikannya. 

"Saya baru balik hiking seorang diri tiga hari lalu. Turun ikut hutan dan benda ini tiba-tiba je," katanya. 

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran netizen, Alyaa berkata dia akan berkongsikan pengalamannya itu secara detail pada jam 9 malam ini.

Sumber: Alyaa Aleraa


Sumber : thereporter.my