(Video) 'Tangan besar siapa tu?' - Penampakan tangan misteri dalam kereta terbabas


Sejak semalam, viral di media sosial video sebuah kereta yang terjunam ke dalam gaung dengan penampakan tangan misteri dari dalam kenderaan itu. 

Menurut sumber, kereta Perodua Viva tersebut dilaporkan terbabas ke dalam gaung berdekatan dengan Jalan Gombak Lama, susur naik ke Genting Sempah baru-baru ini. 

Berdasarkan video pada minit ke 1.42, kelihatan satu tangan sedang berpaut pada tingkap di bahagian penumpang belakang sebelah kanan sebelum tangan itu membuang sesuatu keluar dari kereta. 


Difahamkan, video tersebut dirakam oleh pekerja towing untuk kegunaan syarikatnya yang menyediakan perkhidmatan itu. Tetapi tanpa disedari, terakam kelibat tangan makhluk yang tidak diketahui dalam kenderaan itu. 

"Memang tidak dikenali, saya sendiri yang buat kerja di tempat kejadian. Suara yang suruh tarik itu suara saya. 

"Selepas saya ikat kereta di bawah tu, saya terus buat rakaman untuk marketing perkhidmatan towing/car carrier company kami. 

"Tak ada orang langsung dalam kereta sebab saya turun ke bawah untuk ikat kereta seorang saja. Selepas ikat kereta, saya terus rakam sampai ke atas," katanya. 

Netizen sehingga kini tertanya-tanya, tangan besar milik siapakah itu? 


Sumber : thereporter.my