‘Al-Maut’ (Kematian) Juga Pasti Akan Merasai Mati


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Selesai Allah memasukkan penghuni Syurga ke Syurga dan penghuni Neraka ke Neraka, maka ‘kematian’ (Al-Maut) didatangkan seperti seekor kibas dengan diseret kemudian didirikan di atas benteng antara penghuni Syurga dan penghuni Neraka.

Setelah itu dikatakan kepada penghuni Syurga: “Wahai penghuni Syurga!”

Mereka melihat dalam keadaan takut. Dan dikatakan kepada penghuni Neraka: “Wahai penghuni Neraka!”

Mereka melihat dalam keadaan senang, mereka berharap mendapatkan syafaat.

Lalu dikatakan kepada penghuni Syurga dan penghuni Neraka: “Apa kalian mengetahui ini?”

Mereka menjawab: “Kami mengetahuinya, itu adalah ‘kematian’ yang diserahi untuk (mencabut nyawa) kami.”

Ia (kematian) dibaringkan lalu disembelih di atas benteng antara Syurga dan Neraka, setelah itu dikatakan: “Wahai penghuni Syurga, sekarang tiba saatnya (hidup) berkekalan, tiada lagi kematian dan wahai penghuni Neraka, kalian juga kekal tiada kematian.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2480, hasan sahih)

Dalam hadis lain dikisahkan dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma ditambahkan pula dengan ayat berikut pada akhirnya:

“Maka penghuni Syurga bertambah gembira sedangkan penghuni Neraka menjadi sangat berdukacita.” (Sahih Bukhari, no. 6066, Sahih Muslim, no. 5089)

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media