Almarhum Sultan Ismail Petra Berjiwa Rakyat

Posted on Saturday, September 28, 2019 | 9/28/2019



Pada jam 8.11 pagi tadi, Ayahand Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra telah mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menurut laporan di laman facebook Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dilakukan istiadat penghormatan kali terakhir di Istana Balai Besar.

Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan, katanya.

Sultan Ismail Petra sesungguhnya amat dekat di hati rakyat Kelantan dan baginda merupakan Sultan Kelantan Ke-28 yang memulakan pemerintahan pada 30 Mac 1980 sebelum memberikan kuasa pemerintahan kepada putera sulungnya, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V pada September 2010.

Pengumuman kemangkatan Baginda hari ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu sidang akhbar khas di Kota Darul Naim di sini, hari ini.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/28/2019

0 comments:

Loading...