Angka Maut Meningkat Kerana Vape!


Isu pasal selamat tak selamat menghisap vape ni dah lama. Setakat ni yang Ohmedia tahu, tiada lagi berita sedemikian berlaku di Malaysia.  Cuma baru-baru ni, makin bertambah jumlah yang maut angkara vape ni. Kejadian terbaru terjadi di Washington, Amerika.

Dipetik dari Harian Metro, satu wabak tercetus apabila ratusan orang diserang penyakit paru-paru teruk sehingga menyebabkan beberapa remaja terpaksa ditidurkan. Pihak berkeuasa tempatan menyatakan bahawa ujian makmal yang dijalankan tidak menemui apa-apa bahan terlarang dalam sampel produk vape.

Disebabkan itu, penyiasat mula fokus jualan produk vape berkenaan yang mengandungi ganja dan minyak vitamin E di pasaran gelap. Sebelum ini telah berlaku kematian yang membabitkan bahan berkenaan, iaitu Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC).

Harian Metro melaporkan, kini terdapat lebih 450 kes penyakit paru-paru dipercayai berkaitan dengan rokok elektronik dan jumlah itu dua kali ganda berbanding laporan minggu lalu.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem



Sumber: Oh! Media