Filem 'Joker' Buatkan Anggota Polis Tak Tidur Lena!

Posted on Saturday, September 28, 2019 | 9/28/2019


Sumber gambar dari Pinterest
Nampaknya fenomena filem Joker sudah sampai kekemuncaknya apabila anggota polis di Los Angeles terpaksa 'kerja lebih masa' kerana pengaruh filem berkenaan. Ini kerana filem memaparkan unsur-unsur keganasan dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Lagi pula, Amerika Syarikat sememangnya terkenal kes-kes tembakan rambang, tak kira disekolah atau tempat-tempat awam.

Bagi mengelakkan kejadian keganasan seperti tembakan rambang ini berlaku, pihak polis Los Angeles akan meletakkan lebih ramai anggota di sekitar panggung wayang apabila filem berkenaan mula ditayangkan, minggu depan.

Dipetik dari Metro Online, ‘Joker’ ditayangkan tujuh tahun selepas 12 orang terbunuh di Aurora, Colorado, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika tayangan filem Batman ‘The Dark Knight Rises.’

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/28/2019

0 comments:

Loading...