Harga Minyak Naik Atau Turun Untuk Minggu Ini?



Lama juga rasanya Ohmedia tak update pasal harga minyak ni dan bila terasa nak update, ehh naik pulak dia. Berdasarkan kemaskini terbaru harga runcit petrol untuk 12 tengah malam ni, RON97 telah mengahadapi kenaikan sebanyak 3 sen iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.53 seliter.

Tapi, untuk RON95 dan diesel masih baik dan duduk elok di paras terendah iaitu RM2.08 dan RM2.18 seliter. Jadi, inilah harga untuk sepanjang 14 hingga 20 September ini.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.23 dan RM2.29 seliter. Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lalu yang mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.20 seliter dan diesel pada RM2.26 seliter, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media