Harimau Malaya Siap Sedia, Pasukan Indonesia Bawa 5 Pemain Naturalisasi

Posted on Thursday, September 05, 2019 | 9/05/2019



Debaran semakin terasa, apakah kita dapat memastikan kemenangan milik kita? Malam ini penentu segalanya buat skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi di Gelora Bung Karno yang bertandang bagi menentang pasukan Indonesia dalam aksi pertama pusingan kedua Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Apa harapan korang untuk pasukan negara malam ini? Jika kita sama-sama lihat pada rekod pertemuan, pasukan negara hanya menang 2 perlawanan dalam 20 pertemuan sejak 1991 dan kali terakhir menang di sana pada tahun 2004.

Tapi, kita semua mengharapkan ada sentuhan ajaib dari Cheng Hoe, lagi-lagi pasukannya akan membawa nama selaku naib juara Piala AFF musim lalu.

Kalau kita tengok rekod perlawanan Indonesia (yang berlangsung di Indonesia) selalu berpihak mereka. Bukan mudah kita datang ke GBK (Gelora Bung Karno), tetapi ini adalah aksi berbeza dan pemain yang berbeza. Saya yakin pemain saya akan berikan terbaik dan mungkin kita boleh mulakan rentak positif dalam kempen kelayakan Piala Dunia kali ini,” katanya.

Itu pengetahuan korang, pasukan Indonesia kali ini hadir dengan serangan yang agak kuat apabila mereka mempunyai 5 pemain naturalisasi. Jadi, adakah pasukan negara dapat mencipta kemenangan malam ini? Sama-sama kita nantikan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/05/2019

0 comments:

Loading...