Hukum Melintas Depan Orang Yang Sedang Solat


SOALAN:
Apakah hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat?

JAWAPAN:
Haram hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat kerana Rasulullah saw melarang akan perbuatan tersebut.

Rasulullah saw bersabda:

لو يعلم المار بين يدى المصلى ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أين يمر بين يديه
“Kalau orang yang lalu di depan orang yang sedang solat itu tahu akan dosanya nescaya dia sanggup berdiri di situ selama empat puluh tahun tanpa melintasinya.” [Riwayat Bukhari]


Tempat haramnya melintas itu ialah apabila orang yang solat itu menggunakan sutrah. Adapun jika dia tidak menggunakan sutrah maka tidak haram melintasinya.

Sutrah ialah suatu benda yang menjadi sempadan orang yang sembahyang seperti dinding atau sejadah atau tiang atau garisan saf atau seumpamanya.

Berkata ulama’ yang muhakiq:

إن التحريم يكون إذا صلى الإنسان أمام ساتر اتخذه أمامه. أما إذا لم يتخذ ساترا فلا يحرم المرور، وإن كان الأولى تركه
“Sesungguhnya diharamkan lintas itu ialah apabila orang yang sedang solat itu mempunyai sutrah yang diletakkan di hadapannya. Adapun apabila dia tidak menggunakan sutrah maka tidak haram melintasi tetapi sebaiknya tidak dia lintasinya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media