Indonesia tak mahu claim jerebunya ceroboh ruang udara negara jiran


Sudah terang bersuluh pula. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya menafikan bahawa masalah jerebu di Malaysia berpunca dari kebakaran hutan di Indonesia. 

Beliau menegaskan, tiada lagi asap rentas sempadan dikesan selepas pihak berkuasa Indonesia berusaha memadamkan kebakaran hutan dan belukar. 

"Langkah memadamkan kebakaran hutan dan belukar diteruskan di semua titik panas yang dikesan. 

"Titik panas pada Ahad lalu juga dilihat menurun berbanding yang direkodkan pada Rabu lalu," katanya kelmarin menurut laporan dari Antara News. 

Sementara itu, Badan Pengurusan Bencana Indoensia (BNPB) tidak mengesan asap kebakaran hutan di Sumatera melintasi sempadan ke negara jiran. 

Jurucakap BNBP, Agus Wibowo berkata, terdapat banyak titik panas di kawasan sempadan di Kalimantan Barat dan wilayah Sarawak. 

"Kemungkinan besar jerebu yang berlaku akibat asap lintas sempadan dari kedua-dua wilayah berkenaan," katanya. 

Sistem Pemantau Kebakaran Hutan Indonesia mengesan 247 titik panas di Kalimantan, diikuti Papua sebanyak 48, Jambi, 40, dan Sumatera Selatan, 22. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my