Ini Baru Betul Babyface! Korang Mesti Takkan Percaya Bila Tahu Umur Cikgu Ini

Posted on Friday, September 27, 2019 | 9/27/2019



Berapa ramai antara korang yang mengaku atau ada kawan yang selalu mengaku dirinya babyface? Maklumlah, bila dah tua, payah betul nak mengaku tua kan, semua nak kekal muda,haha. Tapi Ohmedia akhirnya jumpa seseorang yang betul-betul babyface. Ini baru real,haha.

Ian Francis Manga yang merupakan seorang guru tadika di Filipina dan baru sahaja berusia 22 tahun ini selalu membuatkan ramai orang keliru dan menyangkakan dirinya adalah pelajar. Ini kerana mukanya yang dilihat tidak seperti orang berusia 22 tahun dan dilihat seperti budah darjah 2 atau sekolah rendah.


Nampak babyfacekan muka dia? Tapi rupanya, Manga sebenarnya ada masalah genetik tumbesaran sikit, tetapi tidak mempunyai masalah IQ untuk mengajar dan bekerja. Wah, kalau macam ni mesti ramai nak ada penyakit ni sebab boleh kekal muda. Tapi apa pula kata Manga bila orang selalu katakan dirinya seperti budak-budak?

Saya tidak pernah dibuli kerana saya seorang yang peramah. Saya buat kawan dengan mudah. Ada juga masa saya dibuli oleh orang lain tetapi saya buat tidak tahu sahaja”, kata Manga yang mementingkan disiplin dalam kelas. Ketika sata serius, mereka (pelajar) juga serius. Saya perlu tegas kerana saya seorang pengajar. Saya tidak boleh bermain-main dalam kelas dan perlu serius, jelas Manga.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/27/2019

0 comments:

Loading...