Ini Keputusan Inkues Kematian Adib, Berpunca Dari Tindakan Jenayah Sekumpulan Individu Tidak Dikenali


Hari ini bermula pada jam 8 pagi tadi, sedang berlangsung keputusan inkues kematian Muhammad Adib dan akhirnya jawapan yang amat dinantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli keluarga arwah Adib telahpun terjawab.

Mahkamah Korener, Rofiah Mohamad telah memutuskan bahawa punca kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Keputusan ini dibuat selepas menjalani prosiding perbicaraan selama 41 hari dan pihak Mahkamah mendapati Adib telah menghadapi kecederaan lung chest trauma sewaktu ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan.

Ini sahajalah perkembangan yang Ohmedia dapat setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media