Ini Penjelasan Tunku Azizah Mengapa Tutup Akaun Twitter

Posted on Friday, September 13, 2019 | 9/13/2019



Baru-baru ini, pengikut twitter dan media sosial menjadi kecoh apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah deactivated akaun Twitternya @cheminahsayang dan netizen telah mencari pemilik akaun yang mengeluarkan komen biadap dan menganggap ia sebagai punca Tengku Afzan Aminah berbuat demikian.

Bagaimanapun, terkini, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah Sultan Abdullah telah menjelaskan bahawa komen biadap terbabit bukanlah punca baginda bertindak begitu dan telah meminta agar semua tidak membuat laporan kepada pihak polis.

Tolong.. saya menyahaktif akaun bukan sebab kecewa, sakit atau marah dengan komen mereka. Saya langsung tak baca mahupun sedar akan kewujudan komen-komen tersebut. Ia tiada kaitan dengan komen tersebut.. Saya ada sebab peribadi sendiri. Tolong jangan buat sebarang laporan polis,” kata baginda melalui komen Instagram seperti dikongsikan oleh anakanda baginda di Twitter.


Bagaimanapun, bagi Ohmedia komen-komen negatif atau boleh dikatakan sebagai penghinaan seperti itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan setimpalnya perlu diambil agar perkara sama tidak berulang.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/13/2019

0 comments:

Loading...