Isteri maut digigit suami


Seorang lelaki tergamak menggigit leher isterinya sendiri sehingga mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. 

Jumardi yang berasal dari Desa Tobua, Kecamatan Mundulako, Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia, bertindak menggigit leher mangsa, Kasmawati, 36, sehingga mati kerana suspek mengalami masalah mental sejak lima tahun lalu. 

Ketika mangsa sedang menahan kesakitan akibat kecederaan parah, suspek melarikan diri ke semak berhampiran.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi ibu kepada dua anak itu tidak sempat diselamatkan. 

Ketua Polis Wundulako, AKP Bahtiar Tayyeb berkata, anggotanya tiba di lokasi kejadian dan terus mengejar suspek yang melarikan diri. 

Selepas dua jam kemudian, polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi di dalam semak. 

Ketika ditahan, suspek cuba melawan dan mengancam mahu mencederakan anggota polis. 



Sumber : thereporter.my