Jika Kempen Itu Masih Aktif, Ia Harus Ditamatkan Kata Ketua Menteri Pulau Pinang


Fuh, kata tidak memberikan kesan dan tidak bermanfaat. Tapi nampaknya ramai pihak semakin tidak senang duduk dengan kempen 'Beli Produk Mulim Dahulu'. Terbaru, kerajaan Pulau Pinang telah menganggap kempen yang dilancarkan di negeri itu sebagai suatu yang tidak produktif dan memnita ia digentikan serta merta.

Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata pihak mereka tidak akan sesekali campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi bangsa dan keharmonian masyarakat.

Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan ... tetapi jika masih aktif, ia harus ditamatkan kerana tidak baik untuk ekonomi. Jika anda bercakap tentang mempromosi produk Bumiputera, tiada siapa akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam, ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya. Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat... penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa perlu meneruskan kempen itu, katanya kepada pemberita.

Untuk pengetahuan korang, semua negeri sekarang sedang aktif menjalankan kempen ini yang bertujuan untuk menaikkan kuasa beli dan ekonomi umat Islam dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah, Mohd Zai Mustafa telah memilih Pulau Pinang setelah melihat ekosistem perniagaan di negeri itu sangat baik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Sumber: Oh! Media