Jom Pergi Merdeka Fun Fiesta!


Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 ni, Ohmedia nak bagitahu tak lama lagi ada Merdeka Fun Fiesta yang akan berlangsung di KITA @ LBS Cybersouth, Selangor. Fuh, Ohmedia nak pergi lah, macam best je event ni!

Nak tahu tak dekat situ ada apa? Haa kalau korang pergi sana, korang akan berpeluang untuk tengok akustik jemputan yang best daripada @dinzuwanniezainaldin dan @kynaamanshah27 tau. So korang jangan missed tengok diaorang ni!

Bukan tu je gais, korang pun boleh join 10 aktiviti yang menarik seperti 5 giant games dan 5 mini games. Alaaa yang korang pernah main time dekat sekolah dulu macam game snake ladder, wooden block tower, sepak takraw, congkak dan macam-macam lagi lah. Korang juga berpeluang untuk join dan belajar cara membuat batik chanting sebab diorang akan adakan workshop kat situ.

Bila korang dah penat pergi Merdeka Fun Fiesta ni mesti korang fikir situ tak ada tempat untuk makan kan? Gais, jangan risau okay sebab dekat sana ada food trucks yang menjual pelbagai makanan. Haa makanan free pun ada untuk korang kalau korang nak. Kan Ohmedia dah cakap Merdeka Fun Fiesta ni best, korang tak nak percaya.

Eh jap-jap, Ohmedia nak bagitahu yang Merdeka Fun Fiesta ni sebenarnya akan berlangsung di tempat macam Ohmedia bagitahu tadi. So, korang kena take a note ni! Yang pertama, Merdeka Fun Fiesta akan berlangsung selama dua hari dari 14 September dan 15 September. Yang kedua, event ni akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Jangan lupa save the date tau!

Masa: 10 pagi- 5 petang
Tarikh: 14 September & 15 September
Tempat: KITA @ LBS Cybersouth, 42800 Dengkil, Selangor

Psst...satu lagi Ohmedia nak bagitahu yang diorang ni ada buat contest untuk korang semua. Alaa dua contest je gais dan tak susah mana pun untuk menang contest ni. Mudah je. Contest yang pertama ni adalah “Comment & Win”. Syaratnya, korang kena create satu caption yang paling creative dan tag 3 kawan korang dekat gambar FB LBS Bina Group nanti.

Lepas tu korang jangan lupa juga untuk hadir ke event Merdeka Fun Fiesta dan daftarkan diri untuk cabutan bertuah tau sebab korang akan dapat hadiah yang paling menarik bernilai sehingga RM300 untuk barangan elektrik.

Contest yang kedua pula adalah “Selfie & Win”. Syaratnya, korang kena upload gambar selfie korang di Facebook time korang berada di Merdeka Fun Fiesta dan jangan lupa check in sekali lokasi event tu tau.

Selepas itu, korang jangan lupa tunjuk gambar korang yang paling creative dekat staff LBS dan daftarkan korang punya details tu untuk cabutan bertuah so nanti korang boleh menang hadiah yang paling menarik bernilai sehingga RM300 untuk barangan elektrik. Mudah je kan? Apa lagi gais, jom datang beramai-ramai ke Merdeka Fun Fiesta untuk memeriahkan lagi suasana. Jumpa korang di sana ya!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari Facebook rasmi diorang, LBS Bina Group tentang Merdeka Fun Fiesta yang akan berlangsung tak lama lagi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Wayang






Sumber: Oh! Media