Kedah, Melaka, Terengganu Dan Selangor Ke Separuh Akhir ePiala Malaysia 2019

Sumber Gambar: Malaysian Football League

Saingan suku akhir ePiala Malaysia telah berlangsung di Malaysian Football League (MSL), Kota Damansara kelmarin. 8 pemain terbaik FIFA di Malaysia telah terpilih mewakili 8 pasukan yang telah layak ke suku akhir Piala Malaysia 2019. Pemain tersebut ialah Ayen (Kedah), Infamous9 (PKNP), Syahril (Pahang), Bale (Melaka United), Killer (JDT), Luqmanhzq (Terengganu), Ismirza (Selangor) dan Amtuah (Perak)

Untuk pengetahuan korang kejohanan ini dianjurkan oleh Malaysian Football League (MSL) dan Gamesbond serta disokong oleh BenQ Gaming Monitor, Thermaltake, Seagate, eGG Network dan Iflix. 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.








Sumber Gambar: Gamesbond

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 17 Oktober nanti. Semoga banyak lagi kejohanan seperti ini akan dianjurkan demi menaikkan industri E-Sukan di Malaysia. kredit penuh kepada Malaysian Football League (MSL) dan Gamesbond.

+Baca respon pembaca di Oh! Media




Oh! Geekz








Sumber: Oh! Media