Kempen BMF, Beri Kesan Positif Peniaga Islam!

Posted on Friday, September 13, 2019 | 9/13/2019


Gambar sumber dari Malay Mail
Nampaknya kempen Buy Muslim First (BMF) menunjukkan kesan yang positif yang sejak ia dilancarkan. Sambutan yang memberangsangkan terhadap kempen berkenaan menyebabkan peniaga Islam memperoleh pendapatan jualan sebanyak 3 kali ganda seak dua minggu lalu.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang dipetik dari Sinar Harian berkata, berdasarkan pemantauan dibuat, pihaknya mengenal pasti beberapa premis pasar raya Muslim sekitar Lembah Klang berjaya meningkatkan hasil jualan harian daripada RM50,000 kepada RM150,000 sehari.

Menurut beliau lagi, pihaknya akan melancarkan beberapa program untuk memastikan kelangsuangan kempen BMF ini. Kerana sebelum ini, kempen yang sama juga dijalankan tapi kurang mendapat sambutan. Tambahnya lagi, melalui kempen ini, perpaduan antara kaum dapat dipupuk kerana jurang ekonomi yang seimbang.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/13/2019

0 comments:

Loading...