Lelaki nyaris maut sebab korek hidung guna chopstick


Manusia biasa mengorek hidung menggunakan jari jemari, tetapi tidak bagi lelaki ini yang luar biasa bodohnya menggunakan chopstick untuk mengorek hidung. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, selepas makan malam, hidung lelaki ini terasa gatal dan memandangkan yang lain sudah meninggalkan meja makan, dia mengambil kesempatan menggunakan chopstick untuk mengorek hidungnya. 

Malangnya, lelaki itu terjatuh dengan mukanya tersembam dahulu ke lantai menyebabkan chopstick sepanjang 20 sentimeter itu tertusuk ke dalam hidungnya. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor mengarahkan lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan kerana kecederaan itu boleh membawa maut. 


Mujur tindakan pantas pihak hospital berjaya menyelamatkan lelaki itu dan chopstick tersebut telah berjaya dikeluarkan. 

Mangsa kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau oleh pihak hospital. 

Sumber: Shannghaiist


Sumber : thereporter.my