Majlis Pelancaran Kejohanan Kuala Lumpur Esports Masters 2020 Sempena Serverdna IV

Sumber Gambar: Esports Kuala Lumpur Association


DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor merangkap Penasihat Di Raja Esports Malaysia akan melancarkan Kuala Lumpur Esports Masters 2020 sempena Serverdna IV. Pelancaran tersebut akan diadakan pada 29 September 2019 dan bertempat di di Hotel Le’ Meridian Putrajaya.

Untuk pengetahuan korang, Pelancaran Kejohanan Kuala Lumpur Esports Masters 2020 dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (Esports KL) dengan kerjasama penggiat komuniti termasuklah Persatuan SU.RE, Mineski, ServerDNA dan juga Gamesbond.

Di bawah ini antara aktiviti dan program yang akan dijalankan :




Tarikh: 29 September 2019 / Ahad
Masa: 2:00 petang
Tempat: Grand Ballroom, Hotel Le’ Meridian Putrajaya

• Pertandingan FIFA 20
• Pertandingan CS:GO _Acer Predator_
• Pameran Gadget Esports
• Cabutan Bertuah yang sangat banyak dengan hadiah-hadiah menarik
• Seminar Kesihatan Mental berkaitan e-Sports (e-Medica)
• Esports Challenge PUBG & MLBB
• Himpunan e-Sports Streamer
• Perbincangan Mengenai Perniagaan dalam E-Sports
• Cabaran-cabaran E-Sports seperti VR / Racing Simulator / FiFA 20 / Mobile Gaming dan macam-macam cabaran lagi.




Sumber: Gamesbond

Sesi bual santai dan bertukar pandangan bersama DYAM Tuanku akan diadakan. So ini lah masa untuk korang dapatkan nasihat dan pendapat dari TMJ sendiri. Korang juga boleh Daftar sekarang sebagai pengunjung di www.serverdna.asia , kepada semua peminat sukan eletronik dijemput hadir ke program ini dan sumbangkan idea korang bagi menaikkan E-Sukan di negara kita untuk menjadi sebaris dengan sukan berprestasi tinggi yang lain.



Oh! Media Public









Sumber: Oh! Media