"Orang Itu Pun Sudah Nak Ada Baby" - Sufian Suhaimi

Posted on Monday, September 09, 2019 | 9/09/2019



Korang ni tak baik tau asyik ungkit kisah silam Sufian Suhaimi. Kan dia cakap dah lama move on, takkan korang masih nak cakap pasal Elfira? Elfira pun dah berkahwin, dah nak bersalin dah pun. Lagi-lagi makcik yang baru komen di ruangan Instagram Baby Pian ni, haih dah terang-terangan Sufian tulis rindu untuk Zynakal tau.

Banyak saja sebenarnya komen-komen yang tak berapa positif yang biasa diterima di akaun media sosial saya tetapi saya biarkan saja berlalu pergi. Tetapi apabila seorang individu ini menyatakan tindakan saya selama ini kerana mahu membuatkan si dia rasa bersalah, benda itu sudah tak sepatutnya diungkit balik sebab cerita itu sudah terlalu lama. Orang itu pun sudah nak ada baby, kita pun sudah ada haluan masing-masing. Kalau nak bercakap pasal penampilan saya dan nak suruh saya gembira, saya okey. Kalau nak kata apa yang saya buat supaya nak pihak lain rasa bersalah, saya terpanggil untuk menjawab perkara itu supaya tak ada lagi orang yang mengulangi perkara yang sama. Kalau tengok konteks yang lebih besar pun, foto terbabit membawa maksud dan mesej yang jelas. Saya rindukan kawan saya, aktiviti diving dan pulau Tioman.

Nasib baiklah Sufian Suhaimi dah padam komen tu disebabkan peminatnya membalas komen negatif terhadap makcik tau. Hmm. Tindakan yang bijak, Baby Pian. Kita sebenarnya boleh je menasihati makcik tu dengan cara baik tetapi tak perlulah tunjuk komen yang berbaur negatif dan benci terhadap seseorang. Harap lepas ni tak berlaku macam ni lagi ya?

Saya sudah memadamkan komen itu apabila ada pula komen-komen balas yang berbaur negatif dan menggunakan bahasa kasar yang saya sendiri tidak gemar. Lebih mendukacitakan apabila komen-komen sedemikian datang daripada generasi muda terhadap mak cik itu. Saya rasa biadap sebenarnya apabila situasi itu berlaku di platform yang saya sediakan. Rasa tidak betul!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Wayang





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/09/2019

0 comments:

Loading...