Salah Ke Salah Bersikap Tamak Untuk Jaringkan Gol?

Posted on Tuesday, September 10, 2019 | 9/10/2019



Salahkah Salah jaringkan gol? Nampaknya isu ini terus menjadi perbincangan diantara pihak pengurusan dan penyokong Liverpool apabila penyerang berbisa The Reds, Mohamed Salah dilihat semakin mementingkan diri. Namun, pemain lagenda, Robbie Fowler berpendapat Salah perlu meneruskan sikap berkenaan dan tidak perlu membuat sabarang permohonan maaf.

Untuk pengetahuan korang, Salah kini telah dituduh terlalu tamak apabila berada di hadapan gawang gol lawan dan tidak memberikan peluang menjaringkan gol itu kepada pasukannya. Sebelum ini, Sadio Mane juga turut dilihat bengang dengan tindakan Salah sewaktu perlawanan bersama Burnley dalam aksi Liga Perdana dan ini bukanlah kali pertama Salah buat macam tu.

Tapi, bagi Ohmedia, tidak salah sebenarnya Salah bersikap macam tu jika dia boleh pastikan dan yakin bola itu masuk ke dalam gawang. Setakat ini pun jika korang lihat, Salah telah berjaya menjaringkan sebanyak 74 gol dalam 110 penampilannya bersama Reds.

Saya sejujur-jujurnya tidak pernah mendengar perkara yang langsung tidak masuk akal seperti ini yang mengatakan ada perbalahan di antara Sadio Mane dan Mo Salah. Semua orang memberikan komen dan bercakap perkara yang merepek mengenai menjadi ‘terlalu tamak’ atau memusnahkan semangat berpasukan, adakah mereka tidak pernah melihat perlawanan bola sepak sebelum ini? Ia kerana kamu tidak boleh menjadi penjaring gol terbaik tanpa mempunyai kepercayaan penuh yang kamu boleh menjaringkan gol. Itulah yang dibuat oleh penjaring gol. Mereka berlatih untuk melakukannya, mereka berlatih untuknya sepanjang minggu, menghabiskan masa di pusat latihan, membayangkannya, berusaha untuk mengetahui cara menjaringkan gol di semua posisi dan perkara terbaik adalah percaya yang mereka boleh menjaringkan gol. Di mana-mana saya. Sekali pun lebih mudah untuk melakukan hantaran. Saya melihat kepada rekod Salah dan ia memberitahu saya yang dia akan terus melakukannya. Kamu tidak menjaringkan banyak gol tanpa dikritik sebagai pentingkan diri oleh orang lain. Tetapi apa yang mereka ini mahukan? Adakah mereka mahu dia menjadi penjaring gol atau mahu dia menjadi seseorang yang sentiasa melakukan hantaran? Kamu tidak boleh mendapat kedua-duanya, kata Fowler.

Mengulas lanjut, Fowler juga melihat Mane marah Salah adalah sebagai perkara paling merepek dan mengarut. Ini kerana Mane bukan bengang Salah tidak berikan bola kepadanya. Tetapi bengang kerana dia digantikan. Jadi, fans Liverpool boleh bawa bertenang ok. Bersyukur ajalah pasukan korang masih menang dan tunggu Mancester United buat comeback ok, #tiber.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/10/2019

0 comments:

Loading...