"Saya Selesa Bersama Dengan Dia Tapi Kami Tidak..." - Dayang Nurfaizah

Posted on Tuesday, September 10, 2019 | 9/10/2019



Sweet betul tengok Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini ni kan tetapi tu lah, kalau korang nak tahu sebenarnya Dayang masih membuka peluang untuk korang semua yang nak kenal lah selagi dia tak keluarkan statement yang dia nak kahwin. Satu lagi sis nak bagitahu korang yang diorang ni sebenarnya just bestfriend je dan tak ada hubungan istimewa pun antara diorang berdua.


Haa ada chance lagi tu gais? Korang tak nak ke berkenalan dengan Dayang Nurfaizah? Tetapi sis tengok diorang ni macam sesuai je kan! Kita doa jelah yang baik-baik untuk diorang. Entah-entah mulut korang masin, terus diorang kahwin. Hehehe.

Saya akui memang hubungan saya dengan Hael sangat rapat dan saya selesa bersama dengan dia. Tapi kami tidak ada hubungan istimewa tapi hanya sahabat baik. Jadi jangan takut untuk dekati saya, bukannya saya makan orang pun. Selagi saya tak cakap esok nak kahwin, selagi itu masih boleh lagi untuk mana-mana lelaki nak kenal dengan saya. Seperti yang saya akui memang kami rapat dan sekarang ini saya selesa dengan dia sebagai rakan duet tapi untuk di masa hadapan itu tak tahu la kan. Doa saja yang baik-baik. Sejujurnya Heal selalu buat saya senang dan selain muzik, bila berborak kosong dengan dia pun rasa seronok. Boleh dikatakan kami saling melengkapi atas pentas dan menyanyi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/10/2019

0 comments:

Loading...